Sampai Bilakah Turki Akan Terus Diserang ?

 

                 Türkiye Vatandaşlarına Acil Şifalar Dileriz
               (Kami Mendoakan Masyarakat Di Turki Kembali Sembuh & Aman Seperti Sediakala)

Hari ini kita dikejutkan dengan letupan bom yang pertama di Istanbul sekitar kawasan Besiktas selepas peristiwa ‘Kudeta Berdarah‘ pada 15 Julai 2016 yang lalu. Kali ini, serangan bermotif jahat telah mengorbankan 38 orang dan mencederakan lebih kurang 166 orang yang kebanyakannya adalah anggota polis keselamatan (Special Force Police) yang ditempatkan di sekitar Stadium Beşiktaş untuk menjaga keselamatan orang awam dalam rutin keselamatan biasa mereka.

 

(Sumber Gambar : Daily Sabah)
 Sekitar Kawasan Letupan di Maçka Park, Stadium Beşiktaş. (Sumber Gambar : Daily Sabah)

Ini bukanlah kali pertama Turki diserang dari sudut infrastruktur, serangan bom sebenarnya telah lama digunakan oleh pihak yang memusuhi Turki sejak dari tahun 1996 lagi.

Kebanyakkan serangan ini dibuat oleh pihak PKK (Kurdistan Worker Party), DHKP-C (Revolutionary People’s Liberation Party-Front), ISIS/DAESH (Islamic State of Iraq & Syams) dan TAK (Kurdistan Freedom Falcom).
Kebanyakkan kumpulan pengganas ini menyerang Turki dengan pelbagai motif & tujuan antaranya :

  • Menimbulkan rasa takut orang awam dan kerajaan pemerintah,
  • Menjatuhkan Turki dari sudut ekonomi,
  • Dan juga serangan balas terhadap operasi yang dilakukan oleh Tentera Turki keatas mereka di sempadan.

Parti-parti yang mengaku mereka mewakili bangsa Kurdi ini adalah sama seperti DAESH yang mengaku mereka mewakili penganut agama Islam sedangkan mereka ini hanyalah golongan minoriti yang naif dan sering dipergunakan oleh kuasa-kuasa asing dalam menghalang sebarang perkembangan dan kemajuan Turki khususnya dari sudut infrastruktur, teknologi dan pegangan agama dalam kehidupan masyarakat seharian.

PKK sendiri mendapat dokongan kuat dari Israel, Armenia, Amerika, Syria dan Eropah sendiri. Buktinya dapat dilihat dari kebebasan pergerakan yang dinikmati para pimpinan PKK seperti Hidir Yalcin, Riza Altun dan Zubeyir Aydar yang hidup bebas di Eropah.

Lebih-lebih lagi, serangan ekonomi yang dibuat oleh para ahli parlimen Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini keatas ekonomi Turki dalam bentuk ugutan dengan memberi ‘Non-binding Vote’ (Undian Tidak Terikat) untuk membekukan sebarang diskusi berkenaan penyertaan Turki ke dalam kesatuan Eropah.

                        Nilai matawang semasa dari Turkish Lira (TL) ke USD pada Disember 2016

Ugutan ‘jahat’ bertujuan untuk mengugut kepimpinan Turki agar mengikut telunjuk jari mereka ini, sedikit sebanyak telah membuatkan nilai matawang Turki telah jatuh menjunam dari 1 USD = 3.00TL kepada 1 USD = 3.50TL, iaitu kejatuhan sekitar 20% dalam tempoh masa hanya 2 bulan sejak Oktober 2016.


Nota :
Matawang Turki yang biasanya 1 TL = RM1.40~1.50, kini telah jatuh pada 1 TL = RM1.26~1.30 semasa artikel ini ditulis.

 

Namun Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, telah mengambil inisiatif lain dengan ‘mengugut’ kembali seperti :

  •  Membuka sempadan Turki-Eropah kepada pelarian Syria,
  • Dan juga mengambil langkah bijak dengan menukar segala aset dan urusan jual beli negara kepada Turkish Lira (TL) dalam memastikan nilai matawang Turki kembali kukuh dan stabil.

Presiden Erdogan yang mempunyai pengaruh yang kuat telah menyeru rakyat dan para peniaga untuk menukar semua matawang simpanan dalam USD kepada TL samada dalam urusniaga domestik ataupun antarabangsa.

Seruan ini telah disambut baik oleh rakyat Turki dan mengembalikan TL kukuh dan stabil. Hal ini dapat dilihat apabila banyak demonstrasi dan kempen menukar matawang asing kepada emas atau TL dibuat sejak minggu lepas.

Melihat pada sokongan kuat orang ramai terhadap Presiden Erdogan secara jelas telah menunjukkan Turki mempunyai rakyat yang bersatu dan menyokong penuh kepimpinan mereka iaitu Presiden Erdogan.

Geopolitik dunia sentiasa berubah dari masa ke masa, kita dapat melihat kuasa-kuasa baru (China, India, Turki, Poland) dunia mula muncul dan mencabar kuasa-kuasa lama (Britain, US, Russia) dalam mengubah ‘New World Order’.

 

The Next 100 Years

Dalam buku ‘The Next 100 Years’ karangan George Friedman yang membawa maksud,

Kuasa-kuasa lama ini yang rasa tergugat akan cuba membuat apa sahaja, kalau tidak dengan serangan dari luar, mereka akan cuba menimbulkan kacau bilau dalam urusan negara-negara yang bakal menjadi kuasa baru ini.
Cukup dengan menimbulkan kekacauan seperti serangan ekonomi, perang saudara dan ketidaktenteraman suasana ini cukup untuk menghalang negara-negara ini dari terus maju kehadapan dan mengganggu-gugat
penguasaan Kuasa Lama dalam monopoli dunia.”

 

Jadi, Apa Yang Kita Mampu Buat ?

  1. Pada saat ini adalah kita harus terus menerus menyatakan sokongan kita dengan membantu negara-negara yang majoritinya muslim terutamanya Turki yang dilihat banyak membela umat Islam di seluruh dunia samada dari sudut moral, ekonomi dan agama.
  1. Teruskan membeli barangan buatan Turki, melancong ke Turki dan membina jaringan dengan masyarakat Islam di Turki.
  1. Kita seharusnya menunjukkan kepada Turki bahawa mereka tidak bersendirian, bahawa akan ada umat Islam yang jaraknya 8000km akan terus menyokong dan menghulurkan bantuan di saat mereka dilanda ujian dan serangan.

Kedatangan anda ke Turki adalah satu sokongan moral yang amat mereka hargai. Padamkan gambaran-gambaran yang salah yang cuba ditanam oleh media-media yang memusuhi Turki pada saat ini.


Teruskan Berdoa
 Untuk Umat Islam Di Sini.

Doakan agar mereka kembali pada pengamalan Islam sebenar dan doakan agar mereka diberi kekuatan dan pertolongan Allah dalm mengharungi serangan dan ujian yang datang melanda.

Insya-Allah dengan berkat kesatuan umat Islam, kita akan melihat umat Islam yang ditindas akan kembali terbela.

Kita akan kembali meletakkan Islam pada tempatnya yang tertinggi sekali dan mengembalikan keamanan yang umat manusia rasai sebelum kejatuhan Uthmaniyyah pada sekitar 1900.

Kerena pada era kejatuhan Daulah Uthmaniyyah iaitu Khilafah Islam yang terakhir, kita melihat dunia kembali kacau bilau dan Perang Dunia I pun tercetus.

Sesungguhnya suatu kepimpinan jika dipimpin berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah akan membawa dunia ini kepada keamanan walaupun ianya tidak sempurna.

Kerana Islam itu membawa kepada Keamanan.

Said Imaddudeen Norhisam
Istanbul, Türkiye.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

×

Salam!

Pilih konsultan kami di bawah ini untuk merangka bentuk percutian anda di Turki!

× Dapatkan Konsultasi Percuma Di Sini