10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Menaiki Bas Ekspress Di Turki

Bagi yang mahu mengembara luar dari kota Istanbul, menaiki bas ekspress adalah salah satu pilihan yang baik lebih-lebih lagi yang mengutamakan kos perbelanjaan yang lebih jimat. Walaupun ia murah, kemudahan dan hospitaliti yang disediakan sangat lah selesa dan boleh dikatakan setanding dengan penerbangan domestik.

Jadi, kali ini saya akan kongsikan beberapa tip berguna untuk travel dengan menaiki bas ekspress dari Istanbul.

 

Suasana di Terminal Bas Istanbul, Otogar. Kredit : CNNTURK

 

  1. Di Istanbul, memang banyak Terminal Bas yang telah dibangunkan sehinggakan ada syarikat bas ekspress di sini membuat perhentian bas mereka sendiri sama ada di bahagian Eropah dan Asia Istanbul.
  • Terminal bas yang utama di Eropah buat masa ini adalah di Otogar (kebanyakan warga tempatan memanggil, Esenler). Di Asia pula adalah Harem, alternatif yang lain pula di Dudullu.
  • Jika anda berada di kawasan Istanbul Eropah, naiklah di Otogar (Esenler) dan sebaliknya.

 

2.  Di mana kita boleh membeli tiket bas ekspress ?

  • Kita boleh beli secara online di website rasmi bas ekspress tersebut atau melalui aplikasi untuk menyemak masa yang sesuai untuk kita bertolak. (Klik di sini)
  • Untuk membelinya di kaunter, boleh sahaja terus beli di terminal bas utamanya di Otogar/Esenler jika berada di Eropah Istanbul atau beli di cawangan berdekatan.
  • Antara cawangan kaunter tiket yang berdekatan dengan Sultan Ahmet Camii adalah di stesyen Çapa-Şehremini dengan menaiki Tramvay (tram) [T1, Bağcılar Line].  Di sana ada banyak kaunter tiket bas ekspress yang boleh kita pilih.
  • Jangan sesekali beli tiket bas selain daripada di kaunter bas.

 

3. Kelebihan jika beli di cawangannya, kita dapat pergi ke terminal bas Otogar dengan menaiki servis van percuma yang disediakan oleh syarikat bas tersebut.

  • Syaratnya perlu berada di kaunter tiket yang kita beli tadi, lebih kurang 1 jam sebelum bertolak menaiki bas ekspress.
  • Contohnya, bas ekspress kita bertolak dari Istanbul jam 9 malam, kita harus berada di cawangan tersebut sekitar 7.50-7.55 malam untuk menaiki servis van yang disediakan.
  • Jangan lupa untuk maklumkan pada penjual tiket tu yang kita mahu naik servis van di cawangannya dengan mengatakan, ‘buradan servis istiyorum‘.

 

4. Semasa kita membeli tiket bas, penjual tiket di kaunter selalunya akan menanyakan nombor telefon kita di Turki.

Antara tujuannya, jika kita masih tidak menaiki bas ekspress itu, petugas bas akan menelefon kita dan tanyakan kita di mana dll. Kalau lagi 5-10 minit lagi kita akan sampai, kemungkinan besar pemandu bas akan menunggu kita sehingga kita naik ke dalam bas. Tapi kalau lebih masa daripada itu, burn lah tiket kita. Pastikan bergerak 1 jam awal dari waktu bertolak.

Jadi, amatlah penting untuk kita membeli dan mendaftar simkad tempatan. 

 

5. Selain itu, antara syarikat bas ekspress yang menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dengan harga berpatutan dan bagi pandangan saya adalah :

  • Metro Turizm (perkhidmatan hampir ke seluruh Turki)
  • Ulusoy
  • Pamukkale Turizm
  • Anadolu Ulaşım
  • Suha Turizm
  • Kamil Koç Turizm
  • Nilufer Turizm
  • Istanbul Seyahat

Dan banyak lagi sebenarnya, cuma nama-nama yang di atas ni adalah semuanya saya selalu naiki dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka sediakan.

 

6. Yang paling istimewanya, kebanyakan syarikat bas ekspress di sini mempunyai seorang pelayan atau boleh dikatakan paramugara/paramugari seperti dalam flight.

Mereka akan menyediakan sedikit makanan ringan (kek/biskut/coklat) beserta dengan air minuman (berkarbonat/jus/air mineral) untuk setiap penumpang. Jadi, jika pembaca rasa dahaga dll ketika dalam permusafiran ni, boleh minta pada mereka. Percuma sahaja.

 

7. Bagaimana untuk ke terminal bas utama Istanbul di Otogar (Esenler)?

Kadang-kadang kita tak sempat untuk naik servis yang disediakan. Jangan panik, kita boleh ke sana dengan menaiki Tramvay (T1) dan boleh pilih untuk turun antara 2 stesyen ini :

a) Di stesyen Zeytinburnu, kemudian tukar dengan menaiki Metro (M1A) dan turun semula di stesyen Otogar.

b) Di stesyen Yusufpaşa, kemudian tukar dengan menaik Metro (M1A / M1B) dan turun semula di stesyen Otogar.

Jika kita tidak pasti lorong mana mahu pergi, boleh terus tanyakan pada Güvenlik (security) beruniform hitam yang bertugas di sekitar perhentian Metro/Tram.  

Klik Di Sini Untuk Lihat Peta.

 

8. Di kawasan Otogar (Esenler) tu memang luas dan terdapat lebih 150 peron (platform) di sana. Jangan lupa untuk pastikan peron bas ekspress kita nombor berapa di kaunter tiket bas yang kita beli. Kalau tak, boleh sesat kita di sana sehingga tertinggal bas.

 

9. Untuk pulang semula ke Istanbul, jika mahu turun di Istanbul Eropah, pilih untuk turun di Otogar – Esenler. Sebutkan 2 perkataan ni khususnya pada pelayan di dalam bas ekspress yang akan menanyakan tempat perhentian pada setiap penumpang bas.

 

10. Dengan menaiki bas ekspress dari Turki, contohnya dari Istanbul anda boleh terus ke negara jiran sekitar Turki seperti Bulgaria, Greece, Georgia, negara-negara Balkan dan banyak lagi. Mesti lebih adventure, bukan ?

 

Anda nak tahu lebih banyak lagi info dan tip travel di Turki
khususnya di Istanbul, Bursa, Pamukkale, Cappadocia?

Buku siri’I’M A BACKPACKER: TURKEY‘ terbitan Puteh Press yang telah pun terbit pada 25 September 2017. Dan telah dijual di kedai-kedai buku berdekatan seperti MPH, Populer, Kinokuniya dan banyak lagi

Buku setebal 248 mukasurat dan semurah RM25 senaskah bukanlah buku tentang travelog tetapi TRAVEL GUIDE versi bahasa Melayu lengkap yang merangkumi ISTANBUL & BURSA dan bonus untuk di PAMUKKALE dan CAPPADOCIA.

Mahu Buku Dihantar Terus ke Rumah Anda?

Klik LINK ini untuk pembelian sekarang.

Penulis : Shafiq Shafie

Follow kami di Facebook (Jejak Uthmaniyyah Page) dan Instagram (jejakuthmaniyyah_ig) untuk update dan info terkini.

Jom bersama Jejak Uthmaniyyah mengembara ke Turki menikmati keindahan 4 musim
sambil berkongsi mengenai sejarah Islam  khususnya Daulah Uthmaniyyah
yang telah bertahan hampir 600 tahun
di setiap tempat yang kita akan jelajahi.

Klik Gambar Di Atas

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.

×

Salam!

Pilih konsultan kami di bawah ini untuk merangka bentuk percutian anda di Turki!

× Dapatkan Konsultasi Percuma Di Sini