15 Tip Menyewa & Memandu Kereta Di Turki

Kebanyakan rakyat Malaysia yang dah pernah ke Turki, mereka tak puas dengan hanya berkunjung sekali sahaja ke bumi 2 benua ni.

Malah, ada yang dah buat Turki ni seperti kampung kedua mereka. Jadi, mesti setiap kali kedatangan kita nak mencuba perkara yang baru kan?

Antaranya adalah menyewa dan memandu di Turki bersama keluarga atau rakan-rakan terdekat. Jom ikuti perkongsian kami di bawah :

Peta Negara Turki (sumber gambar)

1. Negara Turki ni adalah dua hingga tiga kali ganda besarnya berbanding Malaysia dan ia mempunyai tanah yang sangat luas.
Disebabkan negaranya lebih besar daripada kita, perjalanan untuk mengembara ke seluruh negeri di Turki akan banyak memakan masa, tenaga dan wang kita jika kita tidak merancang dengan betul.
Kalau perjalanan ke sesuatu negeri di Turki mengambil masa lebih daripada 8 jam, saranan kami adalah sama ada menaiki bas ekspress atau pesawat domestik ataupun dengan kereta api untuk ke sana. Seterusnya, kami cadangkan untuk menyewa kereta di kawasan/negeri tersebut.
Apa-apa pun bergantung pada tujuan dan kemampuan masing-masing untuk mengembara di sini.

 

2. Di Turki, pemandu memandu di sebelah kiri (left hand drive). Jadi, laluan untuk memandu khususnya di lebuh raya (Highway) adalah berbeza sedikit berbanding di rantau kita. Kenderaan ringan memandu di sebelah kiri manakala kenderaan berat pula memandu di sebelah kanan.
Bahagian ni, memang agak susah sedikit bagi kita untuk memandu left hand-side. Walaubagaimanapun, kita perlu menyesuaikan diri dengan cepat sebelum berlaku apa-apa kemalangan yang tak diingini.

 

3. “Bagaimana situasi memandu di Turki? Selamat ke?”

Secara keseluruhan, memandu di Turki adalah selamat. Tetapi kita perlu bersikap lebih defensif ketika memandu di sini dan berikan perhatian yang lebih dengan keadaan sekeliling. Antara sebabnya :

  • Kebanyakan pemandu di sini (bukan semua) tidak menggunakan lampu isyarat (signal) jika mahu masuk ke lorong lain lebih-lebih lagi pemandu teksi dan dolmuş (servis van awam).
  • Pejalan-pejalan kaki tidak berdisiplin dengan melintas jalan walaupun lampu trafik masih berwarna hijau.

 

4. Antara lebuhraya yang menggunakan tol adalah :
* Jambatan untuk menyeberangi Selat Bosphorus antara asia dan eropah di Istanbul.

  • Laluan antara Istanbul dan Ankara
  • Laluan antara Edirne dan Istanbul
  • Laluan antara Izmir dan Aydın
  • Laluan antara Adana dan Urfa

 

Pelekat atau kad HGS (sumber gambar)

5. Dari segi pembayaran tol di lebuhraya Turki, kebanyakannya menggunakan teknologi identifikasi frekuensi radio melalui sistem HGS (Hızlı Geçış Sistemi). Ia sama seperti sistem smart tag yang digunakan di negara kita, Malaysia.
Jadi, sebelum menyewa kereta, pastikan kenderaan tersebut mempunyai pelekat cip elektronik (eletronic chip sticker) HGS yang mana perlu dilekatkan di cermin pandang belakang (rearview mirror).

Kalau tiada, minta mereka untuk sediakannya. Selalunya, segala cas tol yang kita lalui adalah dibawah tanggungan individu (tidak termasuk dalam harga sewa kereta).
Ataupun, jika anda membawa kereta anda sendiri ke Turki, anda boleh membelinya di PTT iaitu pejabat pos berwarna kuning atau mana-mana bank tempatan berhampiran. Harganya sekitar 10TL dan perlu diisikan wang di dalamnya paling kurang sekitar 30-40TL.

 

6. Kebanyakan kenderaan sewa di Turki menggunakan minyak diesel berbanding petrol. Ia lebih banyak menghasilkan tenaga dan proses pembakaran enjin kereta lebih efisien berbanding minyak petrol, memang sesuai untuk perjalanan jarak jauh. Tetapi kekurangan diesel adalah kadar pencemaran udara yang tinggi berbanding petrol.

 

7. Harga petrol dan diesel di sini agak mahal berbanding Malaysia. Harganya :
1 liter (Ultra Force 95) = 4.96TL (RM6.00~).
1 liter (Ultra Force Eurodiesel) = 4.35TL (RM5.30~)
Nota : Bergantung pada harga dan nilai matawang semasa dan semua harga di atas adalah termasuk GST.

8. Ketika ingin mengisi minyak untuk kenderaan, anda tak perlu bersusah payah pergi ke kaunter untuk membayarnya seperti di Malaysia.
Anda pergi sahaja menunggu di dalam kawasan mengisi minyak dan akan ada pembantu datang untuk membantu. Sebut sahaja berapa jumlah liter petrol/duit yang ingin dibayar, kemudian mereka akan isikan minyak petrol untuk anda. Amacam, best tak?

 

9. Majoriti syarikat kereta sewa di Turki hanya menerima kad kredit berbanding kad debit dan pembayaran tunai. Sistem kiraan sewanya adalah bergantung kepada jumlah hari. Jika mengikut kiraan jam adalah lebih mahal harganya.

 

10. “Macam mana pula dengan lesen memandu?”

Tidak susah untuk kita menyewa kereta di Turki kerana kita boleh gunakan lesen memandu negara masing-masing tanpa perlu tukarkan kepada lesen memandu antarabangsa. Tetapi pastikan lesen kita masih sah tempoh penggunaannya (validity).

 

11. Antara syarikat kereta sewa yang sering kami gunakan dan dipercayai adalah seperti :
www.sixt.com.tr/en
www.zipcar.com.tr  
www.driveyoyo.com

 

Salah satu perkhidmatan awam di Istanbul seperti tram

12. Kami sarankan untuk gunakan kenderaan awam untuk destinasi dekat jika di dalam kawasan Istanbul (Old City) sebabnya ia lebih cepat dan mudah berbanding memandu kereta di sini dengan jalan yang agak sempit.

Jambatan Fatih Sultan Mehmed (sumber gambar)

13. Waktu kemuncak kesesakan lalu lintas di Istanbul :
• 7.00 – 10.00 AM : Banyak kenderaan masuk ke kota Istanbul (Old City) untuk memulakan aktiviti harian.
• 5.00 – 9.00 PM : Waktu ni, ramai yang sudah mula pulang daripada kerja. Jadi kesesakan jalan lebih banyak pada lorong keluar dari bandar Istanbul (Old City).

Untuk elakkan kesesakan jalan raya, anda boleh gunakan aplikasi seperti google map atau IBB Cep Trafik untuk pemanduan dalam Istanbul.

 

14. Jika terjadi sebarang kemalangan berat, boleh terus hubungi nombor yang tertera di bawah dan anda boleh meminta untuk bercakap dengan bahasa Inggeris.
115 : Polis
112 : Kecemasan (Ambulans)

Sementara anda menunggu bantuan, disarankan untuk mengambil gambar kawasan kemalangan untuk dijadikan bukti kejadian untuk laporan, semasa menuntut insurans dll.

15. Di bawah ini adalah antara perkataan dan ayat penting jika ingin memandu di Turki. Semua perkataan yang disediakan ni, memang perlu anda ingat dan hafal.

 

Anda nak tahu lebih banyak lagi info dan tip travel di Turki
khususnya di Istanbul, Bursa, Pamukkale, Cappadocia?

 

Buku siri’I’M A BACKPACKER: TURKEY‘ terbitan Puteh Press yang telah pun terbit pada 25 September 2016.

Buku setebal 248 mukasurat dan semurah RM25 senaskah bukanlah buku tentang travelog tetapi TRAVEL GUIDE lengkap yang merangkumi ISTANBUL & BURSA dan bonus untuk di PAMUKKALE dan CAPPADOCIA.

Mahu Buku Dihantar Terus ke Rumah Anda?

Klik LINK ini  untuk pembelian sekarang.

 

Pesanan : Semua maklumat di atas adalah sebagai persediaan dan memberi gambaran bagaimana sistem pemanduan di Turki. Ia adalah daripada pengalaman penulis dan team Jejak Uthmaniyyah yang lain yang telah belajar dan menetap lama di Turki semenjak 2014 sehingga sekarang. Memandangkan negara Turki adalah negara membangun (developing country) dan undang-undangnya sentiasa berubah dari masa ke semasa, dinasihatkan untuk melihat terma dan syaratnya di Turkish Touring & Automobile Club atau di mana-mana yang berkenaan.

Penulis : Shafiq Shafie
Editor : Said Imaddudeen

Follow kami di Facebook (Jejak Uthmaniyyah Page) dan Instagram (jejakuthmaniyyah_ig) untuk update dan info terkini.

Jom bersama Jejak Uthmaniyyah mengembara ke Turki menikmati keindahan 4 musim
sambil berkongsi mengenai sejarah Islam  khususnya Daulah Uthmaniyyah
yang telah bertahan hampir 600 tahun
di setiap tempat yang kita akan jelajahi.

Klik Di Sini Atau Gambar Di Atas

Leave a Comment

Your email address will not be published.

×

Salam!

Pilih konsultan kami di bawah ini untuk merangka bentuk percutian anda di Turki!

× Dapatkan Konsultasi Percuma Di Sini