Apabila menyebut tentang pelaksanaan wakaf, negara yang semakin aktif membangunkan institusi wakaf antaranya ialah Republik Turki yang mana pihak kerajaan, swasta mahupun NGO berganding bahu demi membangunkan kebajikan komuniti muslim di sana. Di Turki wakaf dipanggil vakıf . Antara wakaf yang banyak dibangunkan dan ditumpukan di Turki adalah pada pendidikan, penyelidikan, kesihatan, kebajikan dan pelbagai lagi.
Sistem wakaf bukanlah perkara baru buat kita di Malaysia, apatah lagi bagi masyarakat di Turki yang telah lama dilaksanakan sejak kebangkitan kerajaan Islam Uthmaniyyah yang terkenal dengan well-organized system dan sangat suka mewakafkan harta mereka kepada masyarakat di bawah pemerintahan Uthamaniyyah.
Institusi wakaf merupakan suatu institusi Islam dalam membiayai pembangunan kebajikan masyarakat muslim satu sama lain secara umumnya.

Sistem wakaf inilah antara bentuk saham terbaik kita sebagai muslim dalam menuju kekayaan di akhirat kelak. Seorang muslim memperuntukkan sesuatu harta kepunyaan dirinya dengan memberikan manfaatnya kepada orang lain tanpa dijadikan harta tersebut sebagai jual beli, pewarisan, hadiah dan wasiat. Tujuannya hanyalah untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Itulah dia institusi wakaf yang diperkenalkan di dalam Islam.
Dalam erti kata lain, seorang muslim itu melaburkan hartanya bukan untuk mendapat hasilnya di dunia sahaja tetapi di akhirat sana.
Jadi, kalau kita nak tengok setiap hari harta kita bertambah-tambah tanpa ada sebarang kerugian baik di dunia dan akhirat, mula dengan melatih diri untuk berwakaf dalam bentuk apa sekalipun, sikit atau banyak asalkan halal di sisi syariat. Insya-Allah.
Di dalam Al-Quran tiada yang menerangkan tentang konsep wakaf secara jelas tetapi ia secara umumnya wakaf itu dikategorikan sebagai menginfakkan harta di jalan Allah. Antara ayat Al-Quran yang berkaitan dengan konsep wakaf ialah :
1.
لَن تَنَالُواْ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ
وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَىۡءٍ۬ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna)
sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.
Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.“
Surah Al-Imran [3] : ayat 92
2.
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَنفِقُواْ مِن طَيِّبَـٰتِ مَا ڪَسَبۡتُمۡ
وَمِمَّآ أَخۡرَجۡنَا لَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ
وَلا تَيَمَّمُواْ ٱلۡخَبِيثَ مِنۡهُ تُنفِقُونَ وَلَسۡتُم بِـَٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغۡمِضُواْ فِيهِ
وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.“
Surah Al-Baqarah [2] : ayat 267
3.
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, dari Abu Hurairah R.A :
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ
مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ
وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara yaitu:
sedekah jariyah (sedekah yang berterusan), ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang soleh”
(HR. Muslim no. 1631)
Baginda Rasulullah (berselawatlah kita) adalah merupakan seorang perintis kepada institusi wakaf dan amalan ini diteruskan oleh para sahabat(berselawatlah kita). Pelaksanaan ini semakin subur dan kukuh menjadi suatu tradisi turun temurun dikalangan masyarakat Islam sehinggalah ke era pemerintahan Daulah Uthmaniyyah.
Sultan pertama yang mula melaksanakan sistem wakaf kembali adalah Orhan Beğ (1326-1362).
Baca lagi di sini : Episod 3 : Bapa Pembangunan Uthmaniyyah, Orhan Gazi (Bahagian 1)
Baginda telah membangunkan sebuah madrasah di Iznik dan telah diperuntukkannya sebagai satu hartanah bagi menampung perbelanjaan pemeliharaan bangunan, membayar gaji para guru (müderris) dan keperluan penuntut ilmu di sana.
Wallahua’alam
Shafiq Shafie
Research & Development Jejak Uthmaniyyah
Jom bersama Jejak Uthamaniyyah mengembara ke Turki menikmati keindahan 4 musim sambil berkongsi mengenai sejarah Islam khususnya Daulah Uthmaniyyah yang telah bertahan hampir 600 tahun di setiap tempat yang kita akan jelajahi.
