Sultan Murad III & Ratu Elizabeth I Kawan Atau Lawan ?

KISAH RATU ELIZABETH DAN SULTAN MURAD

 

Buku ‘The Sultan and the Queen’ yang saya tengah usha ini menceritakan kisah tentang keakraban hubungan dan pakatan di antara England dan Turki Uthmaniyyah pada era Ratu Elizabeth I (1558-1603) dan Sultan Murad III (1574-1595).

Ya anda tidak silap baca, Khalifah Turki Uthmaniyyah lah yang dimaksudkan.

Ketika itu sebahagian besar orang Eropah Barat yang menganut agama Kristian Protestan bukan sahaja tiada sifat Islamophobia (takut pada budaya Islam), malah boleh dikatakan Islamophilia (suka pada budaya Islam).

Mereka mengatakan,

“Islam lebih dekat dengan Kristian”,

“Kita (Protestan dan Muslim) penyembah Tuhan yang Esa, Katolik menyembah Triniti”.

Orang mula menterjemah dan membaca Al-Qur’an (‘Koran) dan memujinya sebuah kitab yang penuh dengan hikmah.

Suka sangat dengan Turki dan Islam punya pasal, orang Eropah mula minum kopi yg merupakan minuman orang Islam (‘qahwa‘).

 

Mengapa mereka suka sangat dengan Turki dan Islam?

Dan mengapa Turki boleh menjalin hubungan dengan England yang kafir?

 

Kalau waktu itu ada media sosial, akaun Khalifah pasti akan dibanjiri cemuhan seperti, “apalah berpakat dengan kafir“, “tak yakin dgn Allah kah?“.

Keturunan Sultan al-Fatih yang berjaya menawan Constantinople mungkin tidak akan berjaya membalas komen rejimen pahlawan papan kekunci (keybord warrior).

‘Big picture’ di belakang fenomena tersebut ialah Reformasi Protestan yang berlaku 500 tahun yang lalu. Tindakan Martin Luther mengkritik Gereja Katolik dan menyeru Kristian kembali ke ajaran Bible yang murni pada tahun 1517 telah memecah-belahkan Dunia Kristian (Christendom) di Eropah yang pada asalnya bersatu di bawah autoriti Paus (Pope) dan Maharaja Rom Suci (Holy Roman Emperor, H.R.E.).

Gerakan Protestan memberi peluang kepada negara-negara yang sudah lama tidak puas hati dengan H.R.E. (kebanyakannya di utara Jerman dan Belanda) menganut Protestan dan menuntut kemerdekaan.

Elizabeth memberi sokongan kepada Belanda untuk merdeka dari Sepanyol yang Katolik, atas nama solidariti Protestan. Maka Sepanyol mengiystiharkan perang ke atas England. Eropah ketika itu huru hara seperti Timur Tengah hari ini.

Uthmaniyyah yang ingin memperluaskan wilayah ke Eropah Timur (yang bersempadan dengan H.R.E.) mula mengambil kesempatan ke atas ‘krisis geopolitik‘ ini.

 

Nota : Geopolitik bermaksud percaturan kuasa dan pengendalian hubungan antarabangsa yang mengambil kira kekuatan dan kelemahan geografi sesebuah negara.

 

Seawal 1520-an, Khalifah Sulaiman Al-Qanuni  (memerintah daripada 1520-1566) telah memeterai kerjasama dengan Raja Francis I dari Perancis untuk memerangi H.R.E.

Walaupun Perancis negara yang beragama Katolik, namun Francis melihat H.R.E. sebagai ancaman kerana mengepungnya dari dua arah (Jerman dan Sepanyol). Jadi, Uthmaniyyah akan membantu Perancis keluar daripada kepungan tersebut dengan menyerang H.R.E. dari arah timur.

Kerjasama Murad dan Elizabeth juga bertujuan untuk melemahkan kuasa laut Sepanyol.

Maka, England dan Belanda mula menggunakan macam-macam alasan untuk meyakinkan rakyat mereka tentang kerjasama dengan ‘infidel‘. Malah di Belanda ada slogan,

Liever Turks dan Paaps
(Lebih baik Turki dari Paus)

Dulu, mereka menjadi Islamophilia kerana tujuan politik, hari ini mereka menjadi Islamophobia pun kerana politik.

Jangan kita sesekali terpedaya dengan dakwaan ‘pertembungan tamadun‘, ‘pertembungan agama‘ dan sebagainya.

Umat Islam dulu, pandai memanipulasi orang kerana celik geopolitik.

Umat Islam hari ini pula mudah dimanipulasi kerana jahil geopolitik.

Eropah dulu adalah simbol mundur, lemah, fanatik sementara orang Islam adalah simbol maju, kuat, rasional. Keadaan hari ini terbalik.

Ingin Muslim kembali jadi kuat?

Selain daripada kembali keada Al-Quran & Sunnah,
kita perlu meneliti semula ilmu geopolitik dan diplomasi yang telah tenggelam oleh zaman.

Ayman Rashdan Wong
Kuala Lumpur, Malaysia.

Jom bersama Jejak Uthamaniyyah mengembara ke Turki menikmati keindahan 4 musim sambil berkongsi mengenai sejarah Islam  khususnya Daulah Uthmaniyyah yang telah bertahan hampir 600 tahun di setiap tempat yang kita akan jelajahi.

 Klik Di Sini Atau Gambar Di Atas Untuk Info Lanjut

2 thoughts on “Sultan Murad III & Ratu Elizabeth I Kawan Atau Lawan ?”

Leave a Comment

Your email address will not be published.

×

Salam!

Pilih konsultan kami di bawah ini untuk merangka bentuk percutian anda di Turki!

× Dapatkan Konsultasi Percuma Di Sini