“If the earth were a single state, Istanbul would be its capital.” Itulah kata-kata Napoleon Bonaparte apabila dia meluaskan empayar di ke Mesir. Bukan Napoleon sahaja yang mengagumi Istanbul, malah ramai lagi pemimpin dunia, orang ternama yang mengakui keindahan Istanbul ini. Banyak kelebihan yang ada pada Istanbul yang tidak ada pada bandar lain. Antaranya ialah Istanbul ialah satu-satunya Bandar di dunia yang meliputi dua benua, asia dan eropah. Istanbul juga mempunyai sejarah ketamadunan yang panjang dari Greek purba, Rom Byzantine sehinggalah Uthmaniyyah menjadikan bandar ini kaya dengan sejarah peradaban manusia.
Kali ini jom kita kenali geografi Istanbul yang menjadikan kota ini unik dan cantik. bak kata pepatah melayu, tak kenal maka tak cinta. 🙂
Istanbul ada dua?
Betul ke Istanbul ada dua? Sebenarnya Istanbul merupakan salah satu daripada 81 wilayah yang terdapat dalam Turki. Istanbul terbahagi pada dua, Istanbul eropah dan asia. Istanbul asia dan eropah pula dipisahkan dengan sempadan semulajadi iaitu selat Bosphorus.

Di Istanbul eropah terdapat satu kawasan yang dikenali sebagai ‘Old Istanbul’ yang merupakan kawasan yang kaya dengan sejarah. Old Istanbul ini dikelilingi oleh tembok yang mana dulu merupakan tembok pertahanan Byzantine. Tembok pertahanan ini merupakan yang terbaik ketika itu dan banyak cubaan untuk menakluki kota Constantinople gagal disebabkan kekebalan tembok itu. Pada tahun 1453, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menebusi kekebalan tembok itu dan menawan kota Constatinople.
Constantinople atau Istanbul?
Ramai orang yang beranggapan bahawa nama Istanbul itu ditukar dari Constatinople setelah Sultan Muhammad Al-Fateh menakuluki kota ini. Sebenarnya tidak. Nama Istanbul digunakan secara rasmi pada tahun 1930 setelah Republik Turki tertubuh pada tahun 1923. Ketika zaman pemerintahan Uthmaniyyah, Istanbul dikenali sebagai Kostantiniyye (asal daripada perkataan Constatinople).
Kerajaan Uthmaniyyah mempunyai polisi ketika mereka menakluki satu kawasan baharu, mereka tidak akan ubah nama kawasan itu melainkan menyebut dengan dialek bahasa Turki. Selain dari Kostantinyye, orang ramai ketika itu menggelarkan bandar ini dengan pelbagai nama seperti ‘Islambol’ dan ‘Istanbul’.
Banyak sumber sejarah yang menyatakan bagaimana nama Istanbul ini terjadi. Ada yang kata asal dari perkataan greek ‘Stan-Poli’ yang membawa maksud ‘ke dalam bandar’ dan ada juga berpendapat dari perkataan Turki ‘Islam Bol’ yang bermaksud islam secara keseluruhan. Biar apa pun percanggahan dari sumber sejarah, nama Istanbul telah digunakan secara rasmi sejak dari tahun 1930.
Old Istanbul/ Istanbul lama
Old Istanbul atau Istanbul lama merupakan kawasan tumpuan di Istanbul. Dikenali sebagai ‘historical peninsula’, disinilah terletaknya bangunan bersejarah seperti Aya Sofya, Masjid Biru, Istana Topkapi dan sebagainya. Kawasan ini dilindungi oleh bentuk muka bumi semulajadi seperti laut dibahgian utara timur dan selatan. Manakala bahgian barat pula dilindungi oleh tembok setinggi 40 kaki dan 15 kaki tebal.

Dikelilingi laut
Istanbul dikelilingi dua laut utama iaitu Laut Marmara di bahgian selatan dan juga Laut Hitam di bahgian utara. Kedua laut ini dihubungkan oleh selat Bosphorus yang juga menjadi pemisah diantara benua eropah dan asia. Selain itu, di bahgian kota lama Istanbul terdapat satu teluk kecil yang dikenali sebagai ‘Halic’ dalam bahasa Turki atau ‘Golden horn’ dalam bahasa inggeris. Keunikan teluk semulajadi ini menjadikan kota Istanbul lama sukar untuk diserang daripada musuh.

Kota 7 bukit
Istanbul juga dikenali sebagai ‘city of seven hills’ kerana kota lama Istanbul dibina diatas 7 bukit. Setiap bukit itu mempunyai monument atau bangunan bersejarah yang tersendiri. 7 bukit tersebut ialah:
– Bukit 1 : Terletak di kawasan Topkapi Palace, Ayasofya dan juga Masjid Sultan Ahmet (Masjid biru)
– Bukit 2 : Disekitar kawasan Cemberlitas. Monumen yang terdapat distu ialah ‘Column of Constantine’. Bukit ini juga berhampiran dengan Masjid Nurosmaniye
– Bukit 3 : Berada di kawasan Masjid Beyazit. Disitu juga terletak menara Istanbul University dan Masjid Suleymaniyye
– Bukit 4 : Terletak dikawasan Fatih yang menempatkan kompleks Masjid Al-Fatih. Masjid pertama yang dibina selepas penaklukkan Constantinople.
– Bukit 5 : Berhampiran kaki bukit ini terdapat Theotocos Pammakaristos monastery, bekas gereja Greek yang kini muzium. Dikawasan ini terdapat Masjid Sultan Selim.
– Bukit 6 : Berada di kawasan Masjid Mihrimah, di kejiranan Edirnekapi. Bukit ini juga merupakan tertinggi di dalam kwasan kota lama. Bukit ini juga bersempadan dengan tembok Kota Constatinople.
– Bukit 7 : Terletak di tembok Constantin yang menghadap laut Marmara. Berada di kejiranan Kocamustafapasha.
Sebenarnya banyak lagi bukit di Istanbul dan banyak daripada bukit ini ada monumen sejarah tersendiri (seperti menara Galata di Beyoglu). Namun apabila merujuk kepada ‘city of seven hills’, ianya merujuk kepada 7 bukit di kota lama Istanbul


Iklim di Istanbul
Iklim di Istanbul adalah panas dan lembap (tidak lembap seperti Malaysia) pada musim panas dan sedikit hujan sekitar July – August. Pada musim sejuk pula sejuk dan berangin, kadang-kadang bersalji tetapi tidak extreme seperti sesetangah tempat di Turki. Terutamanya di timur Turki yang mempunyai iklim sejuk melampau. Musim bunga dan luruh adalah sederhana dan waktu terbaik untuk pelancong melawat Turki.

Populasi di Istanbul
Istanbul merupakan bandar paling besar dan padat di Turki. Istanbul mencatatkan populasi sebanyak 15 juta pada tahun 2019 sekaligus menjadi bandar paling padat di eropah. Jabatan statistik Turki merekodkan kepadatan penduduk di Istanbul ialah sebanyak 2523 orang untuk satu kilometer persegi.
Walaupun dengan kepadatan penduduk yang ramai, Istanbul masih lagi mengekalkan kecantikan dan kebersihan bandarnya. Usaha dari kerajaan tempatan untuk mengekalkan kebersihan dan kecantikan Istanbul dapat dilihat dengan kemudahan dan perkhidmatan kebersihan yang cekap dan sistematik.

Banyak perkara yang boleh diceritakan mengenai keunikan Istanbul. Dari penduduknya, makanan, tempat menarik dan sebagainya. Keunikan ini hanya boleh dirasai kalau anda berada di Istanbul dan mengalami sendiri tarikan Istanbul ini. 🙂