Episod 1 : Cahaya Keimanan & Salasilah Bangsa Turki

Menurut Prof. Dr. Mehmet Maksudoğlu yang telah mengkaji sebuah manuskrip bertajuk Selchuqname (TSMK, Revan 1391) yang dikarang oleh Yazıjızade, yang mana pada permulaan bangsa Turk purba telah menetap lama di sekitar Gunung-gunung Altay di bahagian selatan Sungai Yenisey dan untuk lebih jelas lagi adalah di dalam kawasan pergunungan Mongolia.

Mereka mendakwa diri mereka dari keturunan Ya’feth iaitu salah seorang anak Nabi Nuh A.S. Daripada keturunan tersebut, terdapat seorang yang sangat berpengaruh dikalangan mereka yang hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim A.S iaitu Oğuz Khan.
Sampai satu masa, jiwa Oğuz Khan merasa lembut untuk mengetahui tentang ajaran Islam dan dengan rela hati dia kembali kepada fitrah iaitu Islam. Inilah dinamakan hidayah.

Hidayah Allah adalah cahaya,

cahaya itu adalah ilmu dan

ilmu adalah makanan

bagi orang yang berakal.

 

Oğuz Khan telah dikurniakan 6 orang anak iaitu Gün, Ay, Yıldız, Gök, Dağ dan Deniz. Pada setiap anak kandungnya terbit 4 suku kaum seperti berikut:

1- Gün Khan – Qayı, Bayat, Alqaevli, Qaraevli
2- Ay Khan – Yazır, Döğer, Dodurga, Yabırl
3- Yıldız Khan – Avshar, Qarıq, Big-dili, Qarqın
Mereka ini semua dikenali sebagai puak kanan Oğuz Khan.

4- Gök Khan – Bayındır, Pechenek, Chavundur, Chebni
5- Dağ Khan – Salur, Eymür, Alayundlu, Üreğir
6- Deniz Khan – Iğdır, Bükdüz, Yıva, Qınıq

Manakala kaum-kaum ini dikenali sebagai puak kiri Oğuz Khan.

Salur merupakan pengasas bagi puak Salur yang mana telah hidup sehingga lahirnya Nabi Muhammad S.A.W. yang diutuskan menjadi rasul akhir zaman.

Penggantinya pula, Chanaq Khan telah kembali kepada fitrah, Islam. Keislamannya telah membuka jiwa kaum Turk yang lain yang dahagakan cahaya keimanan dan ketenangan yang sebenar.

Dengan izin Allah, sebahagian besar dari puak-puak Turk juga telah kembali kepada agama fitrah ini dan mereka telah menamakan diri mereka sebagai Türk-i İman (Muslim Turks). 

Disebabkan daripada perkataan inilah, ia sering dibaca dan disebut  sebagai Türkiman (Türcoman) dan lama kelamaan sehingga ke hari ini ia disebut sebagai Türkmen.

Manakala di wilayah Turkestan (merujuk di mana bangsa Turkic menetap khususnya di Asia Tengah), Islam tersebar melalui perdagangan.

 

Walaupun Qutaybah bin Muslim (seorang gabenor di zaman pemerintahan Khilafah Umawi) telah berjaya membuka kota Bukhara kepada Islam dan telah membina masjid pertama di sana pada 94H/713M, namun setelah pembukaan tersebut tidak begitu ramai dikalangan bangsa Turk tertarik untuk memeluk Islam ketika itu.

Setelah pedagang-pedagang muslim mula berdagang di sana, mereka mula  mendekati dan ingin mengetahui lebih mendalam lagi tentang Islam . 
Mereka memperhatikan setiap tingkah laku pedagang-pedagang muslim yang begitu tertib dan senang bergaul dengan orang ramai. Hal itu, menyebabkan mereka mula jatuh cinta dengan keharmonian Islam sebagai cara hidup yang cukup sempurna.

Dengan kerelaan hati, puak-puak yang berketurunan dari bangsa Turk di wilayah Turkestan ini mula mengecapi hidayah Allah yang tidak mampu dibeli di mana-mana.

Sinar cahaya keimanan yang menyuluhi jiwa-jiwa bangsa Turk adalah antara peristiwa yang sangat penting di dalam lipatan Sejarah Dunia.

Allah S.W.T telah berfirman : (Surah Al-An’am : 125)

 

فَمَن يُرِدِ الله أَن يَهدِيَهُ يَشرَح صَدرَهُ لِلإِسلامِ 

وَمَن يُرِد أَن يُضِلَّهُ يَجعَل صَدرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا

كَأَنَّما يَصَّعَّدُ فِي السَّماءِ ۚ

كَذٰلِكَ يَجعَلُ الله الرِّجسَ عَلَى الَّذينَ لا يُؤمِنونَ

 

Bermaksud :

“Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman”

Seseorang yang non-muslim jika belum mendapat hidayah dari Allah bererti hatinya belum terbuka untuk menerima Islam dan tidak bersedia menjadi seorang muslim.

Begitu jugalah seseorang yang sudah lama menjadi muslim malah lahir dari keluarga muslim, jika hidayah Allah (ilmu) tidak mahu dicari ertinya hatinya tidak akan terbuka untuk serius dengan agama yang dianutinya sejak kecil, apatah lagi untuk mengamalkan dan memperjuangkannya.

Maka jadilah agama itu

sebagai adat dan warisan sahaja.

 

Bangsa Turki Uthmaniyyah telah membuktikan perjuangan mereka membela agama Allah, malah Allah telah mengangkat mereka ke martabat yang tinggi selagi mana mereka berpegang teguh pada agama Tauhid ini.

  • Jadi, apa erti kita menganut agama Islam ?
  • Adakah sekadar nama sahaja bunyi seperti muslim/arab atau yang bagaimana ?
  • Adakah ia hanya sebagai agama warisan dari turun-temurun atau sebagai suatu cara hidup yang lengkap ?

Jom sama-sama fikirkan.

Shafiq Shafie
Research & Development Jejak Uthmaniyyah

Jom bersama Jejak Uthamaniyyah mengembara ke Turki menikmati keindahan 4 musim sambil berkongsi mengenai sejarah Islam  khususnya Daulah Uthmaniyyah yang telah bertahan hampir 600 tahun di setiap tempat yang kita akan jelajahi.

Klik Di Sini Atau Gambar Di Atas Untuk Info Lanjut

Leave a Comment

Your email address will not be published.

×

Salam!

Pilih konsultan kami di bawah ini untuk merangka bentuk percutian anda di Turki!

× Dapatkan Konsultasi Percuma Di Sini